Pulai Basong

Pulai Basong

Nama saintifik: Alstonia spatulata
Nama keluarga: Annonaceae

Pokok Pulai Basong di Taman Tugu
Pokok Pulai Basong adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Pulai Basong merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 25m tinggi dan 40cm diameter dengan jejalur sehingga 150cm tinggi. Kulit kayunya licin, bersisik atau berkelupas halus, berwarna kelabu pucat ke kelabu gelap. Dedaunnya berada didalam pusaran 3-5 dedaun, berbentuk bulat atau obovat, berukuran lebih kurang 12cm panjang dan 5cm lebar. Bunga-bunga yang dihasilkan berbau wangi dan sepalnya tersekap dibahagian bawah, berbentuk ovat atau separa segi tiga. Buah-buahannya merupakan sepasang folikel, 12-25cm x 2.5-3mm, glabrus.

Kegunaan
Pokok ini dituai dari hutan kebiasaannya untuk kegunaan penduduk tempatan sebagai sumber ubat-ubatan, gula-gula getah, kayu, gabus, dan lateks.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai berselerak dikawasan bersaliran kurang baik pada kebiasaannya pada ketinggian kurang 300m dan berasal dari Malaysia, Thailand, Borneo, dan Sumatera.