Putat Gedang

Putat Gedang

Nama saintifik: Careya Arborea
Nama keluarga: Lecythidaceae

Pokok Putat Gedang di Taman Tugu
Pokok Putat Gedang adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz kecil ke sederhana yang mampu tumbuh sehingga 20m tinggi. Batangnya berkelupas dan berwarna hijau gelap. Dedaunnya berbentuk obovat dan tersusun secara bertentang. Pokok-pokok ini menghasilkan bunga berbau wangi. Buahnya adalah kapsul sehingga 6cm diameter dengan kulit seakan kulit dan mempunyai pulpa yang berisi.

Kegunaan
Buah-buahannya boleh dimakan namun biji-bijinya dilaporkan sedikit beracun. Batangnya yang berserat digunakan untuk melegakan bengkak-bengkak tubuh.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan bersaliran baik dengan pendedahan kepada cahaya matahari dan berasal dari Malaysia dan Thailand.