Rambai Istana

Rambai Istana

Nama saintifik: Lepisanthes Alata
Nama keluarga: Sapindaceae

Pokok Rambai Istana di Taman Tugu
Pokok Rambai Istana adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Rambai Istana merupakan pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 15m tinggi dan 30cm diameter. Dedaun kompaunnya berukuran sehingga 45cm panjang dengan 8-12 pasang dedaun. Dedaunnya berbentuk ovat-mata tombak ke mata tombak, tersusun secara bersilih dengan hujung dan seluruh bucu yang tajam. Dedaunnya yang muda berwarna ungu ke kemerah jambuan, berubah ke hijau apabila matang. Bunga-bunganya tertanggung dalam kelompok yang yang tumbuh sehingga 45cm panjang, tidak berbau, dengan 5 kelopak bunga berwarna ungu ke merah wain. Buah-buahannya berbentuk obovoid dengan hujung yang tajam, berukuran lebih kurang 4cm diameter. Buah-buahannya yang sudah matang berwarna merah, dengan pulpa berisi yang lutsinar.

Kegunaan
Pulpa buahnya manis dan boleh dimakan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh didalam hutan pada ketinggian sehingga 500m tinggi. Pokok ini berasal dari Malaysia, Borneo, dan Filipina.