Rambai Tikus

Rambai Tikus

Nama saintifik: Baccaurea brevipes
Nama keluarga: Phyllanthaceae (Euphorbiaceae)

Pokok Rambai Tikus di Taman Tugu
Pokok Rambai Tikus adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok renek atau pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 18m tinggi dengan silara yang langsing. Kulit kayunya berkelupas dan berabung halus. Dedaunnya bersilih, bertangkai panjang mempunyai bilah daun seakan kertas berbentuk bujur ke seakan-akan bentuk titisan, berbulu halus dibahagian bawah, berukuran lebih kurang 15-36cm panjang dan 6.2cm-14cm lebar. Bunga jantannya berwarna hijau kekuningan, 1.5-3mm lebar dan dijumpai dalam kelompok hingga 18cm panjang. Kelompok bunga betinanya mempunyai ranting berwara merah jambu, sehingga 23cm panjang dan menanggung bunga selebar 5-7mm. Buah-buahannya adalah beri-beri berbentuk bulat, berukuran lebih kurang 10-19mm lebar. Ianya ditemui tergantung pada tali sehingga 30cm panjang dari batang pokoknya. Buah-buahannya ranum dari warna putih seperti lilin ke merah jambu ros dan mengandungi satu ke tiga biji tertanam didalam pulpa berwarna biru.

Kegunaan
Buahnya dimakan mentah. Juga, ekstrak dedaunnya digunakan untuk mengawal haid.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh didalam hutan hujan primer dan sekunder bertanah gembur berpasir, dan hutan paya bermusim sehingga 700m tinggi dan berasal dari Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, dan Borneo.