Rambai

Rambai

Nama saintifik: Baccaurea minor
Nama keluarga: Phyllanthaceae (Euphorbiaceae)

Pokok Rambai di Taman Tugu
Pokok Rambai adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana ke besar yang mampu tumbuh sehingga 35m tinggi dan 70cm diameter. Pokok ini mempunyai jejalur yang berukuran lebih kurang 1m tinggi. Kulit kayunya berwarna merah-keperangan ke perang dan mempunyai permukaan yang licin ke kasar. Dedaunnya berbulu tebal semasa muda dan berbentuk ovat berukuran lebih kurang 16cm panjang dan 9cm lebar. Bunga-bunganya berkelompok pada tangkai-tangkainya dan berwarna kuning kehijauan ke kuning. Buah-buahannya berbentuk globos dengan kapsul yang berisi, berukuran lebih kurang 14mm diameter.

Kegunaan
Kayunya digunakan untuk membuat sarung pisau dan digunakan dalam pembinaan rumah. Buah-buahannya boleh dimakan, dan pokok-pokoknya kadang-kala ditanam didalam taman hutan.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai di lereng-lereng bukit dan rabung dengan tanah berpasir ke tanah liat. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo, dan Jawa.