Rambutan

Rambutan

Nama saintifik: Nephelium Maingayi
Nama keluarga: Sapindaceae

Pokok Rambutan di Taman Tugu
Pokok Rambutan adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Rambutan adalah pokok malar hijau yang mampu tumbuh sehingga 40m tinggi. Batang pokoknya kadang-kala mempunyai jejalur sehingga 140cm panjang. Dedaunnya berbentuk kompaun, tersusun secara berlilit dan mempunyai 1 ke 5 dedaun. Setiap dedaun berukuran lebih kurang 6-22cm panjang dan 3-9cm lebar. Bunga-bunganya adalah perdebungaan yang terhasil di aksil daun. Buah-buahannya berwarna perang kemerahan, elipsoid ke sub bulat, berukuran lebih kurang 2cm panjang dan 1.5cm lebar, dengan garisan pendek dan garisan seakan canguk diatasnya.

Kegunaan
Buah-buahannya boleh dimakan dan kayunya yang berkualiti digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh didalam hutan paya dan sepanjang tebing sungai hutan dikawasan tanah rendah. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Singapura, Sumatera, dan Borneo.