Ramin Melawis

Ramin Melawis

Nama saintifik: Gonystylus Bancanus
Nama keluarga: Thymelaeaceae

Pokok Ramin Melawis di Taman Tugu
Pokok Ramin Melawis adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok in merupakan pokok bersaiz sederhana ke besar yang mampu tumbuh sehingga 42m tinggi dan 120cm diameter. Batangnya boleh bebas dari ranting sehingga 20m tinggi. Dedaunnya ringkas dan tersusun secara bersilih, sementara bunga-bunganya berukuran 14mm diameter, berwarna keperangan dan terletak didalam panikel yang pendek. Buah-buahannya berukuran 44mm diameter dan berwarna perang kehijauan.

Kegunaan
Pokok ini sering digunakan dalam pembinaan ringan dan penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh didalam hutan dipterokarpa campuran yang tidak terganggu sehingga ketinggian 400m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Borneo.