Ramin Pinang Muda

Ramin Pinang Muda

Nama saintifik: Gonystylus Confuses
Nama keluarga: Thymelaeaceae

Pokok Ramin Pinang Muda di Taman Tugu
Pokok Ramin Pinang Muda adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi dan 60cm diameter. Dedaunnya ringkas dan tersusun secara bersilih. Pokok ini menghasilkan bunga keperangan kecil yang berukuran 8mm diameter dan terletak didalam panikelnya. Buah-buahannya berwarna perang kehijauan dan kapsul bengang dengan biji didalam aril berwarna putih.

Kegunaan
Air rebusan akarnya digunakan sebagai minuman untuk membantu ibu yang sedang pulih dari lesu melahirkan bayi.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di hutan hujan tidak pernah dibanjiri yang malar hijau, pada ketinggian sehingga 360m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Indonesia.