Red Fleshed Durian

Red Fleshed Durian

Nama saintifik: Durio Graveolens
Nama keluarga: Bombacaceae

Pokok Red Fleshed Durian di Taman Tugu

Pokok Red Fleshed Durian adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal

Pokok ini merupakan pokok silara atasan bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 43m tinggi dan 85cm diameter. Stipul boleh dilihat namun ianya gugur awal. Dedaunnya tersusun ringkas dan bersilih berpermukaan emas pada bahagian bawah. Bunga-bunganya berukuran 25mm diameter dan berwarna putih kemerahan dengan 2 cuping epikaliks, terletak didalam sima diranting bawah dedaunnya. Buah-buahannya berwarna kekuningan kemerahan yang berukuran lebih kurang 150mm panjang dan biji buah-buahannya dilitupi dengan aril berwarna merah.

Kegunaan

Pokok-pokok ini dituai untuk kayunya bagi tujuan pembinaan dan buah-buahannya boleh dimakan.

Habitat

Pokok-pokok ini boleh dijumpai dikawasan hutan tanah rendah, kebiasaannya dikawasan hutan dipterokarpa campuran dan rabung-rabung syal bertanah kaya dengan tanah liat dan sangat lazim di Malaysia dan Indonesia.