Red River Fig

Red River Fig

Nama saintifik: Ficus Racemosa
Nama keluarga: Moraceae

Pokok Red River Fig di Taman Tugu
Pokok Red River Fig adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok malar hijau berdaun luruh, pada kebiasaannya mempunyai silara yang tidak sekata yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi dan 90cm diameter.

Kegunaan
Buah-buah, dedaun dan pucuk-pucuk mudanya dimakan mentah atau dimasak. Dedaunnya digunakan untuk merawat cirit-birit dan kulit pokoknya digunakan untuk merawat gigitan nyamuk dan melecur.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai dikawasan hutan hujan bertanah rendah bertanah lembab dan bersaliran baik. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam.