Resak Daun Panjang

Resak Daun Panjang

Nama saintifik: Vatica Yeechongii
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Resak Daun Panjang di Taman Tugu
Pokok Resak Daun Panjang adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 15m tinggi. Dedaunnya bertekstur seperti kulit dan berbentuk bujur ke seakan mata tombak, berukuran lebih kurang 80cm panjang dan 15cm lebar. Buah-buahannya terhasil dalam gugusan dimana setiap buahnya terhasil pada setiap nod dan buahnya berubah dari hijau ke keperangan apabila ranum.

Kegunaan
Tiada rekod mengenai penggunaan pokok ini.

Habitat
Pokok-pokok ini ditemui di hutan dipterokarpa bertanah rendah, pada ketinggian lebih kurang 50m tinggi, dan berasal dari Malaysia.