Resak Daun Runching

Resak Daun Runching

Nama saintifik: Vatica cuspidate
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Resak Daun Runching di Taman Tugu
Pokok Resak Daun Runching adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana ke besar. Dedaunnya berbentuk eliptik ke bujur seakan mata tombak, berukuran lebih kurang 13cm panjang dan 4cm lebar. Buah-buahnya berkelopak hampir berglabrus.

Kegunaan
Tiada rekod mengenai penggunaan pokok ini.

Habitat
Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia dan Thailand.