Resak Laru

Resak Laru

Nama saintifik: Vatica pauciflora
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Resak Laru di Taman Tugu
Pokok Resak Laru adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana ke besar yang mampu tumbuh sehingga 25m tinggi dan 30cm diameter. Resin yang melekit akan dikeluarkan apabila dicedera. Dedaunnya ringkas dan tersusun secara bersilih berbentuk eliptik ke seakan mata tombak, berukuran 7-20cm panjang dan 2-8cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna kuning keputihan dimana ianya tergantung pada aksilnya. Buah-buahannya berwarna perang dan berbentuk kacang, berukuran lebih kurang 3cm panjang dan 3cm lebar.

Kegunaan
Kayunya digunakan untuk kerja-kerja pembinaan dan penghasilan perabot. Resinnya secara tradisional digunakan untuk memakal kapal dan bakul.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai dikawasan hutan bertanah rendah, paya air tawar dan tebing sungai. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Thailand.