Resak Letup

Resak Letup

Nama saintifik: Vatica venulosa
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Resak Letup di Taman Tugu
Pokok Resak Letup adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 25m tinggi dan 40cm diameter dengan jejalur yang kecil. Dedaunnya berbentuk eliptik ke bujur seakan-akan mata tombak, berukuran lebih kurang 12cm panjang dan 5cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna putih ke krim yang pudar dengan 5 kelopak pada setiap bunga. Bunganya terletak pada tangkai perbungaan. Buah-buahannya adalah kekacang berbentuk bulat berukuran lebih kurang 1cm lebar dan diselaputi sepenuhnya dengan lapisan kelopak.

Kegunaan
Kayunya digunakan sebagai kayu resak dan sesuai digunakan untuk kerja-kerja permbinaan.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai di hutan primer dan sekunder sehingga paras ketinggian 100m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo, dan Jawa.