Resak Paya

Resak Paya

Nama saintifik: Vatica lobata
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Resak Paya di Taman Tugu
Pokok Resak Paya adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz kecil mempunyai batang berwarna perang pudar ke kelabu dan kadang-kala berkelupas. Dedaunnya berwana hijau, berbentuk obovat ke eliptik ke seakan mata tombak, berukuran lebih kurang 7-24cm panjang dan 2-9.5cm lebar. Dedaunnya tersusun secara bersilih dan bertekstur kulit nipis. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna putih ke krim yang tergantung kepada aksil dan terminal panikel perbungaan sehingga 5cm panjang. Buah-buahannya berwarna perang dan berbentuk ovoid seperti kacang.

Kegunaan
Pokok-pokok ini kadang-kala digunakan sebagai pokok hiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan bertanah lembap dan bersaluran baik dan berasal dari Semenanjung Malaysia.