Resak

Resak

Nama saintifik: Vatica rassak
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Resak di Taman Tugu

Pokok Resak adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal

Pokok ini merupakan pokok bersilara bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 34m tinggi dan 64cm diameter. Batang pokoknya menghasilkan resin yang melekit apabila dicedera. Dedaunnya berbentuk eliptik tirus tersusun ringkas dan berselisih dan berpermukaan glabrus. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna kuning keputihan yang tergantung pada panikel perbungaan. Buah-buahannya berwarna hijau keperangan dan berbentuk bujur.

Kegunaan

Resin dari pokok ini digunakan untuk memakal kapal dan bakul, sebagai pelekat, ubat-ubatan dan bahan api untuk obor. Kayunya digunakan untuk kerja-kerja pembinaan sederhana ke berat.

Habitat

Pokok-pokok ini tumbuh di hutan bertanah rendah, tumbuh sepanjang tebing sungai dan bukit, pada ketinggian sehingga 400m tinggi dan dijumpai di Malaysia, Filipina, Sumatera, dan Borneo.