Rukam Manis

Rukam Manis

Nama saintifik: Flacourtia jangomas
Nama keluarga: Flacourtiaceae

Pokok Rukam Manis di Taman Tugu
Pokok Rukam Manis adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 14m tinggi. Pokok yang muda mempunyai duri pada batang pokok dan rantingnya. Pokok ini hilang durinya mengikut masa. Dedaunnya berbentuk ovat halus ke ovat kebujuran, berukuran lebih kurang 10cm panjang dan 4cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga-bungaan yang wangi. Bunga jantan dan betina ditanggung pada pokok yang berbeza. Buah-buahannya berbentuk bulat 1cm-3cm diameter yang akan ranum dari warna ungu kemerahan gelap ke hitam keunguan dengan 4-5 biji.

Kegunaan
Buah-buahannya boleh dimakan dan sering digunakan untuk membuat dadih atau jem. Dedaun dan kulit kayunya mengandungi tanin dan digunakan untuk mengubati cirit-birit. Pokok-pokok ini pada kebiasaannya ditanam untuk tujuan hiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dengan baik dikawasan tanah bersaliran baik atau tanah gembur yang subur dan berasal dari Malaysia, Thailand, Myanmar, dan Nepal.