Rukam

Rukam

Nama saintifik: Flacourtia Rukam
Nama keluarga: Salicaceae

Pokok Rukam di Taman Tugu
Pokok Rukam adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Rukam merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 20m tinggi. Dedaunnya tersusun secara bersilih dan bertangkai mempunyai bilah dedaun seakan-akan kulit yang berwarna merah ke perang apabila muda. Dedaunnya berbentuk seperti telur, bujur ke mata tombak, denga bucu bergigi. Kelompok bunganya dilitupi bulu-bulu halus dan boleh terletak pada aksil daunnya. Ia mempunyai sedikit bunga berwarna kuning kehijauan. Buah-buahannya yang bertangkai berbentuk globos ke globos mampat atau seperti titisan air, berubah ke merah jambu atau merah gelap apabila ranum.

Kegunaan
Buah-buahannya digunakan sebagai sumber makanan. Buah-buahannya yang belum matang kaya dengan tanin dan digunakan untuk menyediakan ubatan tradisional untuk merawat cirit-birit dan disentri. Kayunya keras dan kuat dan digunakan untuk membuat peralatan rumah seperti lesung.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dihutan primer, sekunder, dan hutan balak yang malar hijau, pada kebiasaannya sepanjang sungai, sehingga ketinggian 2,100m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia.