Saga Hutan

Saga Hutan

Nama saintifik: Ormosia bancana
Nama Keluarga: Fabaceae (Leguminosae)

Pokok Saga Hutan di Taman Tugu
Pokok Saga Hutan adalah salah satu pokok yang berasal dari tapak Taman Tugu. Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 24m tinggi. Dedaunnya bertangkai, pinat yang panjangnya adalah sehingga 20cm panjang, dengan 8-13 pasang daun (pinat). Bilah dedaunnya seakan kulit berbentuk bujur-eliptik, berwarna hijau berkilat pada bahagian atas dan dilitupi bulu halus keemasan pada bahagian bawah. Tulang daunnya sentiasa dilitupi dengan bulu halus pada bahagian bawah. Bunga-bunganya berwarna putih, 9mm panjang, dan tumbuh pada pucuk berbunga sepanjang 10cm panjang. Buah-buahnya berbentuk bulat atau bujur, berwarna hitam ke kekelabuan dan seperti kayu nipis. Setiap buah mengandungi 1-3 benih merah yang brukuran lebih kurang 7mm x 6mm.

Kegunaan
Pokok-pokok ini adalah sumber kayu dimana ianya kebanyakkannya digunakan dalam penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh didalam hutan dan sepanjang sungai dan berasal dari Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, dan Borneo.