Sebalai

Sebalai

Nama saintifik: Aralidium pinnatifidum
Nama keluarga: Araliaceae

Pokok Sebalai di Taman Tugu
Pokok Sebalai adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Sebalai merupakan pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 10m tinggi. Dedaunnya mempunyai jarak dengan jarak yang berbeza dan berbentuk obovat yang lebar, berukuran lebih kurang 25cm x 20cm. Pokok-pokok ini menghasilkan bunga-bunga yang banyak yang wangi dan berwarna krim. Buah-buahannya pada kebiasaannya berbentuk elipsoid serong yang berwarna putih sebelum matang dan bertukar ke ungu ke kehitaman apabila ranum.

Kegunaan
Tiada rekod mengenai penggunaan pokok ini.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai berselerak dikawasan bersaliran kurang baik pada kebiasaannya pada ketinggian kurang 300m dan berasal dari Malaysia, Thailand, Borneo, dan Sumatera.