Selangan Batu Daun Halus

Selangan Batu Daun Halus

Nama saintifik: Shorea superba
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Selangan Batu Daun Halus di Taman Tugu
Pokok Selangan Daun Batu Halus adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sangat besar yang mampu tumbuh sehingga 75m tinggi dan 310cm diameter. Dedaunnya berbentuk bujur, bertekstur kulit nipis dan mempunyai lepidot berwarna perak ke krim pada bahagian bawah berukuran 7-12cm panjang dan 4-7cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna putih ke krim yang mempunyai kelopak yang halus.

Kegunaan
Kayunya digunakan bagi kerja-kerja pembinaan dan penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai di hutan dipterokarpa campuran dikawasan lembap bertanah liat. Pokok-pokok ini boleh dijumpai di Malaysia dan Borneo.