Selangan Batu Daun Libas

Selangan Batu Daun Libas

Nama saintifik: Shorea leptoderma
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Selangan Batu Daun Libas di Taman Tugu
Pokok Selangan Daun Batu Libas adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi dan 30cm diameter. Batang pokok ini berwarna perang kekuningan dan bersisik halus. Dedaunnya berbentuk eliptik, berukuran 4-18cm lebar dan 1.5-6.5cm panjang.

Kegunaan
Tiada rekod mengenai penggunaan pokok ini.

Habitat
Pokok ini berasal dari Malaysia.