Sentul

Sentul

Nama saintifik: Sandoricum Koetjape
Nama keluarga: Meliaceae

Pokok Sentul di Taman Tugu
Pokok Sentul adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Sentul merupakan pokok silara bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 40m tinggi dan 113cm diameter dengan jejalur yang tinggi. Kulit kayunya berwarna kelabu dimana kebiasaanya licin, namun kadang kala berkelupas. Ranting-ranting muda dilitupi bulu-bulu tebal pendek berwarna perang. Dedaunnya berbentuk kompaun dan tersusun secara bersilih. Setiap daun mempunyai 3 dedaun-dedaun yang berbentuk eliptik ke bujur ke obovat dengan hujung yang tajam dan pangkal yang bulat, dan seluruh atau bucu daun yang beralun. Pokok-pokok ini menghasilkan bunga-bunga yang berwarna kuning ke merah jambu, hijau kekuningan, atau putih kekuningan yang berbau wangi. Setiap bunga mempunyai lima kelopak. Bunga-bunganya tersusun secara berjarak dalam perdebungaan berdahan aksil. Pokok ini menghasilkan buah yang berisi yang berbentuk bulat atau bulat yang leper yang berwarna kuning atau keperangan.

Kegunaan
Buah-Buahannya boleh dimakan dan kayu dari pokok ini pada kebiasaannya digunakan untuk pembinaan ringan seperti panel laintai dan bingkai tingkap da juga digunakan untuk penghasilan perabot. Pokok-pokok ini juga pada kebiasaannya digunakan untuk tujuan-tujuan perhiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh ditemui dikawasan dipterokarpa campuran yang tidak terganggu dan persisiran pantai sehingga ketinggian 600m dan berasal dari Malaysia, Sumatera, dan Borneo.