Sepetir Licin

Sepetir Licin

Nama saintifik: Sindora coriacea
Nama keluarga: Fabaceae (Leguminosae)

Pokok Sepetir Licin di Taman Tugu
Pokok Sepetir Licin adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana ke besar yang pada kebiasaannya tumbuh sehingga 33m tinggi, walaupun ianya mampu menjadi pokok renjong yang tumbuh sehingga 60m tinggi dan 150cm diameter didalam hutan. Pokok ini mempunyai silara sehingga 60cm tinggi dan boleh bebas dari sebarang ranting sehingga 20m atau lebih. Dedaunnya terusun secara bersilih dan ianya dalam bentuk kompaun. Pokok ini menghasilkan bunga-bunga kecil berwarna kekuningan yang terletak didalam panikel. Buah-buahnya berwarna hijau dan bertukar ke merah gelap apabila matang.

Kegunaan
Kayunya pada kebiasaan digunakan untuk pembinaan ringan dan penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai didalam hutan dipterokarpa dan hutau persisiran pantai (bakau) sehingga 600m tinggi dan berasal dari Malaysia, Borneo, dan Sumatera.