Sesenduk

Sesenduk

Nama saintifik: Endospermum diadenum
Nama keluarga: Euphorbiaceae

Sesenduk di Taman Tugu
Banyak pokok-pokok Sesenduk yang ditemui di tapak ini adalah tumbuhan asal di Taman Tugu. Ia adalah spesies pokok kayu lembut kedua paling dominan dalam hutan kami dengan jumlah 34 pohon pokok yang terpelihara di lokasi ini. Pokok-pokok ini dianggarkan antara 80 – 90 tahun dengan ketinggian sehingga 40 m dan batang berdiameter antara 30-80cm.

Ciri-ciri fizikal
Pokok Sesenduk adalah pohon dioecious yang bersaiz sederhana besar, setinggi 40 m dan mempunyai diameter batang 3m serta ‘crown’ berbentuk kubah tersebar. Batang pokok ini amat kuat dan columnar dengan buttresses bergalur yang curam dan tebal. Kulit batang spesies berwarna kelabu-perang, licin, bergelung dan berubah menjadi berkedut dan tompok-tompok bersisik. Daun-daunnya ‘cordate’, dan berkelompok di hujung ranting. Bilah-bilah daun pokok ini diadapati dalam bentuk membulat dan bentuk ‘heart’ pada pangkalannya manakala tangkai daun mempunyai dua kelenjar jelas yang terbangkit di persimpangan antara bilah-bilah daun. Bunga-bunganya seperti duri tegak, yang menonjol di atas daun. Bunga-bunga jantan berwarna kuning dengan axes sebelah yang pendek, 9-11 stamen dan wangi manakala yang bunga-bunga betina berwarna putih dengan 2-3 sell ovari dan satu stigma. Buah-buah pokok ini ditemui dalma bentuk bulat atau bilobed dengan kulit baldu halus berwarna biru-hijau dan mengandungi sap berwarna putih.

Kegunaan
Kayu pokok ini merupaka kayu balah yang ringan dan lembut dengan ketumpatan purata kira-kira 400 kgm-3 serta kandungan kelembapan 15%. Ianya sesuai untuk pelbagai jenis tujuan umum utiliti seperti untuk pembuatan kotak mancis, splin mancis, papan hitam, papan lukisan dan permainan. Ianya merupakan kayu balak kegemaran untuk pembikinan kasut clogs, penghasilan corak, dulang, bahagian-bahagian perabot, almari papan lapis , keranda gred rendah, copstik pakai buang dan artikel-artikel kecil yang lain.
Dalam bidan perubatan, kulit batangnya boleh digunakan untuk mengubati dropsy dan akarnya digunakan untuk menyembuhkan kecederaan.
Pokok Seseduk juga digunakan untuk Skim-skim penghutanan semula untuk memulihkan hutan asli dan untuk mewujudkan kawasan hutan. Pokok ini juga ditanam sebagai pokok yang teduh.

Habitat
Pokok Sesenduk wujud dalam habitat-habitat terganggu (selalunya di sepanjang tepi jalan di kawasan hutan balak, da juga dalam belukar dan hutan dibakar) dan kawasan-kawasan Dipterokarp terbuka yang tidak terganggu, paya air tawar dan hutan keranga setinggian 900 meter. Ia adalah satu spesies oportunis. Kewujudannya mencirikan peralihan aktiviti penanaman di Malaysia. Pokok ini berasal dari Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, dan Thailand.