Setambun

Setambun

Nama saintifik: Baccaurea parviflora
Nama keluarga: Phyllanthaceae

Pokok-pokok Setambun di Taman Tugu
Pokok Setambun adalah sebuah pokok hutan tempatan yang termasuk di antara 4100 pohon pokok yang terpilih untuk ditanam di tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”) kerana buah-buahannya yang menarik fauna
seperti burung, tupai dan monyet.

Ciri-ciri fizikal
Pokok Setambun adalah Sebatang pokok kecil, berbentuk tidak terserata dan hanya mencapai ketinggian 6m.
Kulit batang pokok ini berwarna kelabu-kehijauan ke kuning-keperangan, dan mempunyai permukaan fisur seluas 5 mm lebar dan dan senipis kertas. Daunnya berbentuk bujur dan berbatang serta berwarna kemerahjambuan ketika muda yang berubah hijau apabila matang.
Bunga jantannya hijau kekuningan dan bunga betinanya berjambak pada tumbuhan yang berasingan.
Kelompok bunga jantan amat harum dan didapati tegak berbentuk cincin berduri pada batang pokok, manakala kelompok bunga betinanya tumbuh pada tangkai kemerahan dan terdapat pada hujung pangkal batang pokok.
Pokok Setambun yang menghasilkan buah-buahan berbentuk bujur tirus yang boleh dimakan dan tumbuh disepanjang ranting nipis dari pangkal pokok. Buah-buahannya berwarna merah gelap yang berubah unggu gelap apabila masak dan mengandungi 1-3 biji di dalam pulpa buah yang masam.

Penggunaan
Kayu yang terhasil dari pokok Setambun keras, tahan lama dan biasanya digunakan untuk membuat peralatan kecil, perlatan kebun, kotak dan tongkat.
Kulit batang pokok ini boleh digunakan sebagai pewarna (“dye”) kuning, merah atau unggu muda bagi kain sutera, melalui proses “dyeing” yang dikenali sebagai ‘pekan’ dalam Bahasa Melayu.
Kayunya juga digunakan sebagai sokongan yang baik untuk pokok memanjat, seperti pokok rotan.
Dalam bidang perubatan pula, kulit batang pokok ini juga digunakan untuk melegakan keradangan mata.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh di hutan primer dan sekunder di sekitar Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatera, Myanmar, Thailand, dan Singapura.