Setumpol

Setumpol

Nama saintifik: Hydnocarpus castanea
Nama keluarga: Flacourtiaceae

Pokok Setumpol di Taman Tugu
Pokok Setumpol adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana ke besar yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi dan 60cm diameter dalam habitat semulajadinya. Kulit kayunya licin dan berwarna putih kekelabuan. Dedaunnya berbentuk eliptik ke bujur, seakan kulit yang keras dan berukuran lebih kurang 17cm-30cm panjang dan 6cm-8cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga-bunga berwarna putih yang wangi dimana ianya ditanggung perdebungaan aksil. Kelopak bunganya bujur memanjang, lebih kurang 8mm-11mm panjang dan sepal berbentuk obovat. Buah-buahannya berwarna perang dan berbentuk globos, berbulu, mengandungi biji besar berbentuk sudut.

Kegunaan
Minyak yang dihasilkan dari benih-benihnya digunakan untuk rawatan pelbagai masalah kulit termasuk kusta, luka, dan ekzema. Rebusan kulit kayunya digunakan dalam rawatan gangguan dalaman dan juga untuk merawat penyakit-penyakit kulit.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan bertanah lembab dan bersaliran baik dan berasal dari Malaysia, Thailand, dan Sumatera.