Sungkai

Sungkai

Nama saintifik: Peronema Canescens
Nama keluarga: Verbenaceae

Pokok Sungkai di Taman Tugu
Pokok Sungkai adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Sungkai merupakan pokok silara atasan bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 40m tinggi dan 102cm diameter. Dedaunnya tersusun secara bertentang, berbentuk kompaun dengan sayap rakis, glabrus dan berwarna keputihan dibahagian bawah. Bunga-bunganya berwarna putih keunguan, berukuran lebih kurang 2mm diameter dan terletak didalam panikel yang besar. Buah-buahannya kuning kehijauan berukuran lebih kurang 4mm diameter dengan kapsul bengang.

Kegunaan
Pokok Sungkai sering digunakan dalam program penghutanan semula. Kayunya digunakan untuk pembinaan rumah dan perabot. Dedaunnya juga digunakan untuk menghasilkan cecair kumuhan menentang sakit gigi.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh didalam hutan sekunder tumbuh semula dan kawasan terganggu didalam hutan dipterokarpa sehingga ketinggian 500m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Sumatera, dan Borneo.