Surian Batu

Surian Batu

Nama saintifik: Chukrasia Tabularis
Nama keluarga: Meliaceae

Pokok Surian Batu di Taman Tugu
Pokok Surian Batu adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Surian Batu merupakan pokok bersaiz sederhana ke besar yang mampu tumbuh sehingga 40m tinggi dan 120cm diameter. Batang pokok ini boleh bebas dari ranting sehingga 25m tinggi dengan jejalur cembur sehingga 1.5m tinggi ataupun tiada langsung. Permukaan batangnya berwarna perang karat atau perang gelap dan berkelupas atau seakan-akan retak. Dedaunnya tersusun secara bersilih, paripinat dan lebih kurang 50cm panjang. Setiap daun mengandungi 6-8 pasang dedaun dengan bucu-bucu bergigi. Pokok ini menghasilkan bunga-bunga kecil berbau wangi. Buah-buahannya berbentuk ovoid dengan 3-5 kapsul berinjap berukuran lebih kurang 2.5-5cm panjang.

Kegunaan
Kayu daripada pokok ini pada kebiasaannya digunakan untuk penghasilan perabot dan kemasan bagi kerja-kerja pembinaan seperti panel hiasan dan pintu. Pokok-pokok ini juga ditanam sebagai pokok hiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh didaratan bertanah lembab atau kawasan bersaliran baik. Pokok-pokok ini berasal daripada Semenanjung Malaysia.