Syzigium chloranthum

Syzigium chloranthum

Nama saintifik: Syzigium Chloranthum
Nama keluarga: Myrtaceae

Pokok Syzigium Chloranthum di Taman Tugu
Pokok Syzigium Chloranthum adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana ke besar yang mampu tumbuh sehingga 60m tinggi dan 154cm diameter.

Kegunaan
Kayunya pada kebiasaannya digunakan dalam pembinaan sederhana dan berat seperti tanggam, rasuk dan kasau.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan hutan tanah rendah dan hutan dipterokarpa campuran yang tidak terganggu, pada kebiasaannya sepanjang atau berdekatan sungai dan anak sungai diatas tapak aluvium pada ketinggian sehingga 1,200m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Indonesia.