Tapak Hantu

Tapak Hantu

Nama saintifik: Trevesia Burckii
Nama Keluarga: Araliaceae

Pokok Tapak Hantu di Taman Tugu
Pokok Tapak Hantu adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok renek atau bersaiz kecil yang mempunyai reranting yang jarang sehingga 10m tinggi dengan batang yang besar dan berduri. Dedaunnya mengerumuni hujung pucuk. Buah-buahannya berbentuk sub-globos 1.5cm x 1.25cm, ditanggung pada stile stylopodium dan tersekap.

Kegunaan
Pokok-pokok ini pada kebiasaannya digunakan sebagai pokok hiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh ditemui didalam hutan campuran pada cerun bukit pada ketinggian 1,000m dan sangat lazim di Semenanjung Malaysia, Singapura, Borneo, dan Sumatera.