Tristaniopsis pontianensis

Tristaniopsis pontianensis

Nama saintifik: Tristaniopsis Pontianensis
Nama keluarga: Myrtaceae

Pokok Tristaniopsis Pontianensis di Taman Tugu
Pokok Tristaniopsis Pontianensis adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 27m tinggi. Dedaunnya berbentuk seperti telur, berukuran lebih kurang 6cm panjang dan 4cm lebar dengan tekstur seperti kulit. Bahagian bawah daunnya berwarna hijau pucat dengan permukaan atasnya berwarna hijau gelap. Dedaun mudanya dilitupi bulu tebal berwarna tembaga dan menjadi glabrus apabila matang. Bunganya berkembang dalam kelompok yang berukuran 6cm panjang. Kelopak-kelopak bunganya berbentuk obovat lebar dan dilitupi bulu tebal berwarna tembaga dibahagian luar dan hampir glabrus dibahagian dalam.

Kegunaan
Pokok ini pada kebiasaannya ditanam sebagai pokok hiasan untuk taman dan bahu jalan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan bertanah lembab dan berasal dari Malaysia.