Tualang

Tualang

Nama saintifik: Koompassia excelsa
Nama keluarga: Fabaceae(Leguminosae)

Tualang di Taman Tugu
Pokok Tualang adalah sebuah pokok hutan tempatan yang termasuk di antara 4100 pohon pokok yang terpilih untuk ditanam di tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Ia telah ditambah ke tapak untuk memupuk biodiversiti kerana pokok ini sering menarik fauna seperti madu lebah dan daun-daunnya dimakan Trachypithecus obscurus (monyet Dusk Leaf) semasa musim kering.

Ciri-ciri fizikal
Pokok Tualang adalah pokok legum hutan lapisan renjong, salah satu spesies pokok tropika tertinggi, dengan ketinggian 80-90m. Bentuk ‘crown’ seperti kubah atau cendawan, dengan dedaun halus berwarna hijau terang dan pucat serta dahan-dahan berpintal. Ia mempunyai batang yang berdiameter besar (sehingga 2m), columnar, dengan kulit licin kekelabuan, dahan-dahannya tumbuh hanya sekitar 30 m dari dasarnya, disokong oleh buttresses akar yang besar pada pangkal dasarnya. Daun-daunnya hijau terang, tersusun kompaun secara pinnate dengan dedadun kecil pada terminal tangkai. Bunga-bunganya sangat kecil, kelopak 5, berkelompok di terminal panikel. Bunga-bunga tumbuh selang 5-6 tahun, selepas pembentukan daun-daun yang baru selepas menggugurkan daun-daun lama. Buah-buah pokok ini adalah pod nipis leper dan sehalus kertas, berpintal di hujung pangkal, dengan sayap luas di sekitar marginnya, berwarna perang apabila masak, tidak dehiscent,dan mengandungi 1 biji leper.

Kegunaan
Nama Melayu Tualang bermaksud ‘pokok berkerumun lebah’ kerana merumahkan sarang Apis dorsata (Lebah Asia gergasi), yang tergantung pada dahannya yang mendatar serta tersusun seperti sikat parabolic yang besar dan madunya dikumpul oleh rakyat tempatan.
Kayu Tualang bukanlah kayu komersil yang tradisional kerana kayunya tinggi-silika menyebabkan ia bukan sahaja sangat keras dan sukar untuk dipotong tetapi ia juga adalah rapuh danmudah serpih apabila digergaji.
Pokok ini juga secara tidak langsung terlindung daripada pembalakan kerana ia dikaitkan dengan madunya yang lebih bernilai daripada kayunya sendiri.
Malangnya, disebabkan oleh kekurangan spesis balak kayu keras yang lain, pokok ini telah dituai dengan lebih kerap pada masa ini untuk balak, dijual sebagai kayu Mangaris, dan boleh digunakan sebagai pemegang alat, keretapi dan lantai. Kayu buttress dikatakan baik untuk membina meja makan.

Habitat
Pokok Tualang wujud di tanah pamah hutan hujan primer, terutamanya di lokasi-lokasi yang lembap di sepanjang sungai, lembah dan lereng-lereng Bukit, terhad kepada Utara Selangor dan Pahang (latitude Kuala Lumpur-Kuantan) di Semenanjung Malaysia. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.