Wild Lychee Tree

Wild Lychee Tree

Nama saintifik: Amesiodendron chinense
Nama keluarga: Sapindaceae

Pokok Ame’s di Taman Tugu
Amesiodendron chinense merupakan sebuah pokok hutan hujan tempatan yang termasuk di dalam bilangan 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu dan dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Pokok ini terpilih kerana ia dikategorikan sebagai spesis hampir pupus oleh International Union for Conservation of Nature (“IUCN”) disebabkan oleh eksploitasi terlampau untuk kayu balaknya yang kuat, padat dan berharga.

Ciri-ciri fizikal
Pokok-pokok ini bersaiz kecil hingga sederhana dan biasanya tumbuh setinggi 30m dengan kulit batang kelabu gelap hampir licin, kanopi lebat bulat dan berdahan pendulous. Daun muda tumbuh merah berkilat dan berubah merahjambu kejinggaan dan seterusnya hijau apabila matang. Pada awal tahun pokok ini mengeluarkan ‘flush’ berwarna merahjambu terang yang menonjol di antara latar kehijauan hutan yang matang. Pokok spesis monoecious ini menghasilkan bunga jantan dan betina atas pokok sama. Bunga-bunganya adalah putih, berbulu di permukaan bawah dan hujungnya. Bunga-bunga tumbuh pada hujung ranting secara berkelompok padat dan berbulu. Pokok ini berbuah, yang secara amnya berbuah dari bulan Ogos hingga November, buah jenis berkulit kasar yang berwarna coklat atau hitam apabila masak dan diliputi ‘lentikel’ perang pucat yang kecil.

Kegunaan
Kayunya yang padat dan kuat digunakan secara meluas bagi pembuatan perabot.

Habitat
Pokok ini adalah ahli keluarga lychee, yang biasa didapati di hutan hujan atau hutan monsun Malaysia, Sumatera, Myanmar, Thailand, Vietnam dan China. Nama spesies ‘chinense’ bermaksud ‘Cina’, merujuk kepada taburan semula jadi pokok ini di China