Wild Yellow Kandis

Wild Yellow Kandis

Nama saintifik: Garcinia Parvifolia
Nama keluarga: Clusiaceae (Guttiferae)

Pokok Wild Yellow Kandis di Taman Tugu
Pokok Wild Yellow Kandis adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Wild Yellow Kandis merupakan pokok malar hijau yang mampu tumbuh sehingga 33m tinggi dan 23cm diameter. Batangnya mempunyai lateks berwarna putih ke kuning. Dedaunnya tersusun ringkas dan bertentang, berurat halus dan glabrus. Bunga-bunganya berwarna putih kekuningan, berukuran lebih kurang 9mm diameter yang terletak pada aksil dedaun. Pokok ini menghasilkan buah-buahan beri berwarna kuning-jingga-merah berisi yang mengandungi biiji.

Kegunaan
Daun-daun muda digunakan sebagai sayur-sayuran.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai dikawasan hutan tanah rendah, kebiasaannya dikawasan hutan dipterokarpa campuran dan rabung-rabung syal bertanah kaya dengan tanah liat dan sangat lazim di Malaysia dan Indonesia.