Polisi Privasi

Polisi Privasi

PRIVASI ANDA
Kami komited untuk melindungi privasi anda dan akan mengambil langkah-langkah yang relevan bagi melindungi maklumat peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dasar Perlindungan Data Peribadi (“Dasar”) ini menetapkan cara kami menggunakan dan melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami. Dasar ini hanya terpakai untuk maklumat peribadi yang diproses bagi tujuan transaksi komersial.

PERSETUJUAN ANDA
Apabila anda memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda. Kami kemudiannya akan memberikan anda notis perlindungan data peribadi (“Notis”) untuk memberitahu anda tentang pemprosesan data peribadi anda oleh kami.

PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (kecuali anda menyatakan sebaliknya):
ejen, penyedia perkhidmatan (termasuk dari luar negara) dan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan tujuan data peribadi dikumpulkan termasuk perkhidmatan pemprosesan data;
mana-mana orang yang mempunyai kewajipan kerahsiaan dan telah diamanahkan untuk merahsiakan data tersebut; dan syarikat, syarikat bersekutu dan sekutu kami yang berkaitan.

Kami tidak mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga bukan sekutu tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami boleh mendedahkan data peribadi anda jika diperlukan oleh undang-undang atau dengan niat yang baik, jika tindakan tersebut perlu untuk mematuhi apa-apa kehendak agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.

AKSES DAN PEMBETULAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Jika anda mahu mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan klik di sini untuk akses atau di sini untuk pembetulan atau anda boleh hentar e-mel kepada kami

PERUBAHAN KEPADA DASAR INI
Khazanah boleh mengkaji semula dan mengubah Dasar ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, amalan perniagaan, proses atau struktur kami. Walaupun secara amnya kami mungkin tidak dapat memaklumkan kepada anda tentang perubahan Dasar ini, versi terbaru Dasar ini boleh didapati di laman web kami. Dasar ini bukan suatu kontrak dan dasar ini juga tidak mencadangkan apa-apa kewajipan pada pihak kami dengan pihak lain.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.