Perkembangan Semasa

Program Hiking Perdana Puspanita MITI sempena Hari Wanita 2021

Date: 13 March 2021
Location: Taman Tugu

Pada pagi 13 Mac 2021, Puspanita Cawangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (“MITI”) telah menganjurkan Program Hiking Perdana Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2021 yang disambut di seluruh dunia pada 8 Mac 2021 lalu. Program tersebut telah dihadiri oleh Penaung Puspanita MITI, YBhg. Datin Seri Shamshida Taharin , anggota MITI Puspanita, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan MITI.

Acara pada pagi tersebut bermula dengan sarapan ringan dan diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Penaung Puspanita MITI. Dalam ucapannya, YBhg. Datin Seri menyentuh secara ringkas tentang bagaimana wanita hari ini berjaya menangani sebarang cabaran dalam perjalanan mereka terutamanya dalam peranan kepimpinan dan mengrakhiri ucapannya dengan kata-kata semangat dan “empowermen” kepada semua “Wanita-wanita Hebat” yang menghadiri program tersebut. YBhg. Datin Seri seterusnya menyampaikan 8 anak pokok Merbau kepada Taman Tugu serta sumbangan kepada Amanah Warisan Negara (“AWAN”), Badan Pemegang Amanah yang telah ditubuhkan sempena Projek Taman Tugu untuk menguruskan operasi dan pengendalian Taman Tugu.

Selepas penyampaian taklimat ringkas oleh wakil Pasukan Projek, para hadirin mengambil bahagian dalam sesi pemanasan badan sebelum mengorak langkah ke laluan denai Nurseri dengan mematuhi amalan penjarakan sosial semasa.

Acara tersebut berakhir sebaik sahaja sebelum waktu tengah hari. Sebilangan hadirin turut mengambil kesempatan untuk meneroka laluan denai utama Taman Tugu bagi melengkapkan lagi hari mereka di Taman Tugu.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Puspanita cawangan MITI atas sumbangan dan sokongan mereka terhadap Projek Taman Tugu dan inisiatif pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menyumbang kepada Taman Tugu, alam semula jadi, atau endowmen AWAN, sila emel kami di ask@tamantuguproject.com.my.



top