Perkembangan Semasa

Program Pemindahan #8


Tarikh: 23 Jun 2018
Tempat: Tapak Semaian Taman Tugu

York Malaysia Sdn Bhd (“York Malaysia”) telah mengambil bahagian secara sukarela dalam program pemindahan yang dikendalikan oleh Persatuan Pencinta Alam (Malaysian Nature Society, “MNS”) sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka. Sebuah pasukan yang terdiri daripada 20 peserta telah memindahkan 120 pokok dalam tempoh kurang 2 jam. Pokok-pokok yang dipindahkan kini dijaga di tapak semaian Taman Tugu yang sebelumnya merupakan tapak sebuah banglo yang telah usang. Di samping pokok yang dipindahkan itu, tapak semaian akan menempatkan dan menjaga lebih 4,000 pokok hutan hujan etnik Malaysia yang telah dan akan dipindahkan ke Taman Tugu. Sehingga hari ini, lebih 1,000 daripada pokok-pokok ini telah dibawa ke tapak semaian Taman Tugu dari Tanjung Malim.

Program pemindahan ini melibatkan pengekstrakan tumbuh-tumbuhan secara berhati-hati (seperti pokok renek, pokok hiasan dan anak daripada pokok lain) yang tidak dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) untuk dipelihara di tapak dan dipindahkan ke tapak semaian dan di situ pokok-pokok ini akan diisihkan (sorting), dijaga dan dibahagikan kepada kategori yang berikut:

  • Jenis A: Untuk dipindahkan semula ke tapak Taman Tugu selepas penyiapan taman
  • Jenis B: Untuk dipindahkan ke taman awam/tapak semaian yang lain
  • Jenis C: Untuk dihadiahkan kepada taman-taman swasta

Lebih banyak program pemindahan lain telah dijadualkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan pelan pembangunan keseluruhan tapak Taman Tugu. Program pemindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan masa hadapan Taman Tugu. Kami mengalu-alukan kolaborasi dengan organisasi swasta, sekolah dan persatuan untuk program pemindahan pokok pada masa hadapan.

Bagi anda yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program pemindahan, sila hubungi kami di admin@tamantuguproject.com.my.



top