Perkembangan Semasa

Progres Kerja: Laluan hutan, Pejabat Penyelenggaran Taman, Kuil Hindu dan Surau-Jumaat Kawasan Komuniti

Laluan hutan
Sampah dibersihkan daripada kawasan tapak
Progres kerja bagi Pejabat Penyelenggaran Taman & Kuil Hindu
Progres kerja bagi Surau Jumaat Kawasan Komuniti dan Pemuliharaan Pokok
Tarikh: 23 Mei 2018

Kerja-kerja berkaitan dengan laluan hutan, Pejabat Penyelenggaraan Taman dan Kuil Hindu, serta Surau Jumaat Kawasan Komuniti kini berterusan. Para kontraktor dan perunding sedang bekerja keras untuk memastikan penyiapan bangunan dan laluan ini adalah seperti tarikh yang telah disasarkan.

Dalam menyediakan laluan hutan, pokok-pokok dari kawasan yang terletak di sepanjang laluan yang telah dikenal pasti, telah dipindahkan ke lokasi-lokasi yang dikenal pasti di sepanjang laluan ini. Di samping itu, lebih 250 pokok hutan hujan etnik Malaysia daripada tapak semaian di Tanjung Maling telah ditanam di pelbagai lokasi di sepanjang laluan. Baki sebanyak hampir 3,750 pokok akan ditambah di laluan hutan ini dan di beberapa lokasi lain dalam kawasan Taman Tugu . Spesies pokok-pokok ini merangkumi daripada 40 spesies balak dan pokok buah-buahan, berukuran antara 3 – 12 meter dari segi ketinggian. Di samping menanam pokok-pokok baharu di tapak, hampir 1,000 pokok sedia ada telah dikenal pasti dan ditag oleh FRIM untuk dipulihara. Pokok-pokok yang ditag ini juga dapat ditemukan di sepanjang laluan hutan.

Selain menerangkan laluan hutan dan menanam pokok-pokok, pasukan ini telah dan masih membersihkan timbunan sampah yang ditemukan di tapak. Dikatakan bahawa tapak ini pernah digunakan sebagai kawasan pembuangan sampah haram dan item-item terdiri daripada monitor TV, mangkuk tandas, plastik, botol kaca serta helaian pakaian telah ditemukan antara timbunan sampah. Setakat ini, lebih 40 muatan trak sampah telah dibersihkan, dan proses ini masih sedang dilaksanakan.

Di samping pemantauan laluan hutan, Pejabat Penyelenggaraan Taman dan Kuil Hindu, serta Surau Jumaat Kawasan Komuniti, pasukan juga berusaha memastikan ruang yang dibangunkan itu digunakan secara optimum. Berkenaan dengan Kuil Hindu dan Surau Jumaat Kawasan Komuniti, pasukan kini bekerja secara rapat dengan jawatankuasa Kuil Hindu yang baru dibentuk, komuniti Madrasah Bustanul Ulum sedia ada, dan juga pengendali gerai makanan sekitar bagi memastikan peralihan ke ruang baharu masing-masing lancar dan semua kebimbangan mereka telah dan akan diberikan perhatian.

Manakala bagi Pejabat Penyelenggaraan Taman, pasukan pengurusan Taman Tugu akan beroperasi di sini. Walau bagaimanapun, buat sementara waktu, kontraktor masa kini untuk bekalan, penanaman, penyelenggaraan pokok, iaitu Forest House Sdn Bhd (“FHSB”), akan mengambil alih bangunan sebaik sahaja ia bersedia sehinggalah pasukan pengurusan Taman Tugu telah dibentuk dan digembleng sepenuhnya.

Laluan hutan, Pejabat Penyelenggaraan Taman dan Kuil Hindu, serta Surau Jumaat Kawasan Komuniti dijadualkan siap pada akhir tahun 2019. Tender bagi kontraktor utama Taman Tugu dan Khazanah ILMU telah dikeluarkan dan kerja-kerja pembinaan disasarkan bermula pada S3 tahun ini. Kami teruja ingin melihat anda menikmati dan memiliki kawasan ruangan ini tidak berapa lama lagi.



top