Perkembangan Semasa

Projek Taman Tugu Memperoleh Kelulusan EIA

Bahagian taman bagi Projek Taman Tugu memperoleh kelulusan bagi Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi sepucuk surat bertarikh 24 Februari 2017.

Penyusunan laporan itu bermula pada bulan April 2016 dan diikuti oleh satu lawatan tapak bersama-sama dengan Pn Norlin bt Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada bulan Jun 2016. Penyerahan Laporan EIA dimuktamadkan pada bulan Januari 2017 selepas pelbagai interaksi dilakukan dengan JAS. Urusan ini dimudahkan oleh perunding yang dilantik, iaitu Chemsain Konsultant Sdn Bhd.

Dalam surat kelulusan itu, Pn Norlin menekankan bahawa selain syarat-syarat kelulusan yang telah digariskan, pelaksanaan projek hendaklah senantiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Environmental Quality Act, 1974) dan semua syarat kelulusan lain yang relevan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.



top