Perkembangan Semasa

Serahan untuk Penubuhan Amanah Awam Nasional

Pada bulan Julai 2017, Jemaah Menteri Malaysia telah meluluskan komponen taman Projek Taman Tugu untuk dikekalkan sebagai ruang hijau awam buat selama-lamanya dan dipindahkan kepada Amanah Awam yang dihasratkan untuk dipanggil “Amanah Warisan Negara” (“AWAN”) atau National Heritage Trust.

Meskipun fokus AWAN buat masa ini akan tertumpu pada komponen taman Projek Taman Tugu, matlamat jangka panjang AWAN adalah untuk melaksanakan lebih banyak projek yang melibatkan penaiktarafan, rehabilitasi dan/atau operasi ruang awam terpilih dan aset warisan yang mempunyai kepentingan nasional.

Amanah Awam ini akan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) yang telah ini dilantik secara rasmi oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Nor Mohamed Yakcop , Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad selaku Pengasas Amanah. Pemegang Amanah asal ialah:

  1. YBhg. Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar
  2. YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz
  3. YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar

Sebuah badan pengurusan di bawah Amanah ini akan dilantik untuk menguruskan operasi harian, memantau penyelenggaraan dan mendorong aktiviti pengumpulan dana untuk penyelenggaraan taman dan aset-aset lain pada masa hadapan.

Setakat 19 Julai 2017, semua dokumen yang diperlukan bagi penubuhan Amanah ini telah dilaksanakan oleh para pemegang amanah yang dilantik dan telah diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang – Jabatan Perdana Menteri (“BHEUU-JPM”) yang memantau pentadbiran Amanah Diperbadankan (Incorporated Trusts) di Malaysia. Proses penubuhan Amanah ini dijangka akan mengambil masa 2-3 bulan, selepas tempoh itu tanah komponen taman Projek Taman Tugu akan dipindahkan masuk.



top