Perkembangan Semasa

Sesi Mesyuarat Kerja Bersama Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM)

Tarikh: 6 & 7 Jun 2017
Tempat: Tower 2 KLCC

Pasukan Projek Taman Tugu mengadakan sesi mesyuarat kerja bersama Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) selama dua hari di pejabat Khazanah Nasional Berhad di KLCC. Bengkel ini, merupakan suatu elemen interaksi komuniti dalam memastikan input dan maklum balas daripada pelbagai pihak diambil kira dan ditimbangkan dalam usaha mereka bentuk sebuah taman hutan bandar yang berjaya.  

Presiden ILAM, Prof. Madya.  Lar. Dr. Osman Mohd Tahir, merupakan salah seorang daripada peserta ILAM yang memberikan buah fikiran dan maklum balas beliau tentang pelbagai kaedah taman tersebut dapat dipertingkatkan atau ditambah baik. 

Beberapa maklum balas daripada ILAM telah dimasukkan untuk menambah baik reka bentuk taman tersebut, contohnya:  

  • Pusat Pendidikan Hutan Hujan yang dahulunya latar belakang Tugu Negara telah dialihkan. Pusat Pendidikan Hutan Hujan kini merupakan sebahagian daripada Khazanah ILMU – pusat pembelajaran dan inovasi yang akan ditempatkan di dalam taman. 
  • Komponen taman juga telah dipastikan tidak menduplikasi komponen taman/ kemudahan sekitar (seperti Taman Botani Perdana)  
  • Tema taman permainan juga akan menjadi lebih bercirikan kekampungan dan bersepadu dengan hutan.  
  • Lebih banyak kawasan rehat (iaitu pondok kecil (gazebo) dan bangku) telah ditambah kepada pelan induk.  

Bengkel ini merupakan platform perkongsian pengetahuan yang digunakan untuk memastikan ruang orang ramai baharu dibina secara saksama dengan kepentingan orang ramai diberikan perhatian yang sewajarnya.



top