Perkembangan Semasa

Sesi Penjurian Akhir Pertandingan Greenovation

Tarikh: 29 Mac 2018
Tempat: Khazanah Office

Sesi penjurian akhir bagi Pertandingan Reka Bentuk Bangku Taman dan Gazebo (“Greenovation”) telah diadakan baru-baru ini di Pejabat Khazanah di KLCC. Ahli panel termasuk:

1. Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad

2. Kamil Merican, Ketua Pegawai Eksekutif GDP Architects, iaitu “lead master planner” (perancang induk utama) Taman Tugu

3. Jiv Sammanthan, Pengarah Eksekutif yang memantau Pembangunan Projek Taman Tugu

4. Ridzwa Fathan, Prinsipal Citylab Projects – Arkitek yang terlibat dengan Taman Tugu dan Khazanah ILMU

5. Prof. Madya LAr. Dr. Osman Mohd Tahir, Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (“ILAM”)

Ahli panel amat teruja dengan entri reka bentuk yang mengagumkan, luar biasa dan kreatif. Keputusan pertandingan masih lagi dalam peringkat perbincangan dan kami akan mengumumkannya di laman sesawang ini sebaik sahaja keputusan dimuktamadkan



top