Perkembangan Semasa

Sesi Perkongsian Pengetahuan Bersama Jabatan Landskap Negara


Tarikh: 21 Mac 2018
Tempat: Pejabat Jabatan Landskap Negara

Jabatan Landskap Negara (“JLN”) mengundang kami untuk suatu sesi perkongsian berkaitan dengan penubuhan badan amanah awam – Amanah Warisan Negara (“AWAN”) –  dan perkembangan National Trust Act (“NTA”) –sebuah akta baru untuk mentadbir AWAN.

Mesyuarat tersebut yang telah dipengerusikan oleh Puan Hajjah Rotina Binti Mohd Daik, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JLN, juga dihadiri oleh pelbagai jabatan di bawah JLN seperti Bahagian Taman Awam, Bahagian Taman Persekutuan, serta Pasukan Dasar dan Undang-Undang JLN.

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, JLN telah memainkan peranan yang aktif dalam memacu hala tuju pembangunan landskap dan pelaksanaan undang-undang baharu berkaitan dengan pembinaan dan pembangunan taman.

AWAN dan NTA dilihat sebagai contoh usaha terbaik dalam membantu usaha memelihara ruang Hijau Awam Negara untuk selama-lamanya. Objektif utama JLN bagi mesyuarat tersebut adalah untuk memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman yang telah kami raih menerusi penubuhan AWAN dan pembangunan NTA untuk memelihara taman-taman lain yang kini diurus oleh JLN dengan lebih berkesan. Ini juga termasuk pembangunan taman yang akan dilakukan pada masa hadapan oleh JLN.

Mesyuarat ini juga merupakan sebuah platform bagi kami untuk meninjau bagaimana kami dapat meningkatkan kerjasama dengan JLN bagi memanfaatkan pengalaman mereka yang luas.

Kami amat teruja untuk bekerja dan berganding bahu dengan jabatan kerajaan lain yang berhasrat memastikan negara Malaysia yang lebih baik. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan JLN dalam apa jua cara yang mungkin pada masa hadapan demi mencapai matlamat JLN untuk memelihara ruang hijau awam negara kita.

Usaha perkongsian pengetahuan dan kolaborasi seperti ini sesungguhnya amatlah penting demi memastikan kejayaan dalam usaha memajukan negara kita yang tercinta.



top