Perkembangan Semasa

Sesi-sesi dialog dan maklum balas yang diterima dari tinjauan

Rakyat dan juga dalam talian melalui laman sesawang Projek Taman Tugu – tamantugu.com.my.

Kami berbesar hati dengan semua maklum balas positif dan membina yang kami terima melalui sesi interaks inii. Bukan sahaja orang ramai, masyarakat sivil, sektor swasta dan pelbagai pihak berkepentingan berasa teruja berkongsi idea-idea mereka, malah mereka juga cenderung berkongsi masa, kemahiran dan kecekapan mereka untuk bekerjasama dalam pelbagai aspek taman. Tinjauan yang berjalan sejak September hingga November 2016 mendapat hampir 2,000 maklum balas.

Hasil kajian utama yang diraih melalui tinjauan ini adalah:

  • Keselamatan, penyelenggaraan dan kebersihan hendaklah dipelihara pada setiap masa hingga masa hadapan
  • Tapak Taman Tugu terus kekal semula jadi dan hijau sebaik yang mungkin dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta dan kawasan F&B dirangkumi sebagai keperluan penting
  • Juadah tempatan merupakan pilihan yang lebih disukai dengan pilihan utama termasuk nasi lemak, char kuey teow dan roti canai
  • Beberapa aktiviti luar aksi seperti zip-line dan flying fox adalah baik tetapi perlu dihadkan pada suatu bahagian kecil sahaja daripada taman
  • Berikan keutamaan kepada rentis berjalan/berlari dan akses bagi golongan kurang upaya dan pelawat pelbagai lapisan umur
  • Membuat rancangan untuk mengaktifkan taman menerusi acara kesenian dan budaya serta jelajah alam semula jadi
  • Menyediakan papan tanda interpretasi dan pencarian jalan (wayfinding) yang informatif di seluruh taman untuk mempertingkatkan pengalaman pengunjung di taman
  • Memaksimumkan akses kepada tapak Taman Tugu melalui pengangkutan awam, basikal atau berjalan kaki
  • Mengurangkan laluan pejalan kaki berbumbung dan memberikan penekanan kepada teduhan alam semula jadi untuk ke taman dan juga di dalam taman
  • Melibatkan komuniti dalam pemulihan tapak dan mempertimbangkan untuk mewujudkan kumpulan komuniti “Sahabat Taman Tugu” yang dapat memudah cara program sukarelawan bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri

Meskipun sesi interaksi dan tinjauan yang telah dijadualkan itu telahpun ditutup, kami akan terus berinteraksi dan berkolaborasi dengan orang ramai, masyarakat sivil, sektor swasta dan pelbagai pihak berkepentingan dalam melaksanakan projek ini. Kami terus mengalu-alukan maklum balas dan input melalui borang ‘Hubungi Kami’ yang dapat diperoleh di laman sesawang kami.



top