Perkembangan Semasa

Sesi Taklimat 20 Peserta Akhir Terbaik Pertandingan Reka Bentuk Greenovation

Tarikh: 7 Disember 2017
Tempat: Mercu UEM

Terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta pertandingan dan para peserta akhir atas sumbangan yang diberikan kepada Projek Taman Tugu dan juga atas kesudian menghadiri sesi taklimat yang diadakan pada hari ini. Semangat tinggi dan keterujaan yang cerminkan oleh para peserta sesungguhnya amat menyentuh hati kami dan meninggalkan kesan yang mendalam.

Semasa sesi taklimat, kami telah memberikan penjelasan lebih lanjut tentang Projek Taman Tugu dan 4 komponennya: taman Taman Tugu, Laluan Penghubung (connectors), Khazanah ILMU dan Amanah Warisan Negara (“AWAN”). Selepas itu, kami berjumpa dengan peserta akhir seorang demi seorang untuk menasihati mereka tentang cara menambah baik lagi reka bentuk masing-masing sebelum pusingan penjururian akhir, yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun 2018. Nasihat penambahbaikan telah diberikan oleh panel penyenaraian pendek yang terdiri daripada para pengamal bidang seni bina dan wakil daripada Khazanah Nasional Berhad.

Tiga reka bentuk pemenang daripada setiap kategori (bangku dan gazebo) akan dibina dan diletakkan di seluruh taman. Sementara para peserta akhir dalam proses mempertingkatkan reka bentuk mereka, suatu pameran yang memaparkan reka bentuk oleh 20 peserta akhir terbaik ini akan dilangsungkan. Ini merupakan peluang terbaik bagi orang ramai untuk memberikan undi bagi reka bentuk pemenang mereka. Undian awam akan turut menyumbang kepada pusingan akhir penjurian. Tarikh dan tempat pameran belum lagi disahkan dan akan dikemaskinikan di laman sesawang ini.

Akhir kata, kami ingin merakamkan penghargaan kami yang tidak terhingga kepada Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) kerana bekerjasama dengan kami dalam menganjurkan pertandingan ini dan memberikan sokongan yang amat bermakna kepada kami sepanjang pertandingan ini berlangsung.



top