Perkembangan Semasa

Sorakan Tahun Baru Cina UOB @ Taman Tugu

Tarikh: 12 Januari 2019
Lokasi: Tapak Semaian Taman Tugu

Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR” ) “Heartbeats” UOB Malaysia, pekerja-pekerja dari pasukan Perbankan Komersil telah mempelawa lebih daripada 70 kanak-kanak dari 4 rumah kabjikan ke Taman Tugu untuk merayakan Tahun Baharu Cina 2019. Acara pada pagi Sabtu dimulakan dengan senaman ringan serta pelbagai permainan sukaneka di tapak semaian Taman Tugu, dan diikuti oleh acara meredah hutan berpandu melalui laluan-laluan hutan Fasa 1 dan Fasa 2 di Taman Tugu. Semasa acara meredah hutan itu, kanak-kanak tersebut serta pekerja-pekerja UOB mengambil peluang untuk menanam tumbuhan-tumbuhan hutan lapisan bawah yang kecil di sepanjang sebahagian daripada jalan-jalan hutan Taman Tugu. Tumbuhan-tumbuhan hutan ini amat penting untuk mengimbangi ekosistem hutan dan bertindak sebagai penghalang hakisan tanah serta penyerap air berlebihan yang boleh menyebabkan laluan-laluan hutan kami berlumpur.

Acara CSR UOB Malaysia ini diakhiri dengan makan tengah hari bufet di Tapak Semaian Taman Tugu bersama berberapa permain dan hiburan lain.

Sememangnya kanak-kanak telah menikmati keseronokan merayakan Tahun Baru Cina dan meninggalkan Taman Tugu dengan senyuman lebar dan gelak-tawa.

Kami dengan serendah hatinya berharap agar acara-acara seperti ini akan mewujudkan rasa milik dan tanggung jawab terhadap Taman Tugu dan penjagaan ruang-ruang hijau yang lain serta bertindak sebagai landasan bagi orang ramai untuk menikmati alam semula jadi dan penghargaannya. Usaha-usaha ini sememangnya adalah untuk masyarakat umum dan kami berharap agar mereka, secara tidak langsung akan menjadi pencinta dan penjaga alam, sesudah banyak meluangkan masa bersama alam semula jadi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada UOB Malaysia atas sumbangan dan sokongan mereka bagi Projek Taman Tugu dan insiatif-insiatif pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Jika anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang acara dan / atau aktiviti di Taman Tugu, sila emel kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top