Perkembangan Semasa

Sumbangan Endowmen AWAN oleh Soroptimist International

Tarikh: 18 Julai 2019
Lokasi: Taman Tugu

Peserta-peserta Konvensyen Soroptimist Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dan ahli-ahli Persatuan Soroptimist Antarabangsa Selatan Barat Pasifik telah menyumbang kepada endowmen Amanah Warisan Negara (“AWAN”) dengan menaja 3 pokok hutan hujan Malaysia. Pokok-pokok ini merupakan sebahagian daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu.

Soroptimist Antarabangsa merupakan organisasi perkhidmatan sukarelawan seluruh dunia untuk wanita yang bekerja untuk kerja-kerja perdamaian, dan secara khususnya untuk memperbaiki kehidupan wanita dan kanak-kanak perempuan, di masyarakat tempatan dan seluruh dunia.

Ini adalah pertama kali konvensyen antarabangsa ini diadakan di Asia semenjak organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1921. Sebagai pemulaan konvensyen mereka di Kuala Lumpur dan sejajar dengan isu semasa mengenai perubahan iklim, lebih daripada 60 peserta mengambil bahagian dalam penanaman pokok yang ditaja mereka. Dipercayai secara purata, pokok hutan hujan menyerap lebih kurang 30 tan metrik Karbon Dioksida dalam 30 tahun pertamanya!

Sesudah sesi penanaman, para peserta dihidangkan jamuan ringan dan dibawa lawatan berpandu ke laluan hutan Taman Tugu. Para peserta meninggalkan Taman Tugu dengan rasa puas hati dan gembira dengan sumbangan mereka kepada Taman Tugu dan alam sekitar.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta Konvensyen Soroptimist Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dan ahli-ahli Persatuan Soroptimist Antarabangsa Selatan Barat Pasifik atas sumbangan mereka sebagai sokongan kepada Projek Taman Tugu dan pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menyumbang kepada Taman Tugu, alam semula jadi, atau endowmen AWAN, sila emel kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top