Perkembangan Semasa

Taklimat tender pusingan pertama dan lawatan tapak

Taklimat tender pusingan pertama dan lawatan tapak
Tarikh: 5 Jun 2018

Taklimat tender yang pertama bagi Pakej Utama Projek Taman Tugu telah dikendalikan oleh JLL, iaitu Syarikat Pengurusan Projek bagi Projek Taman Tugu. Skop pakej merangkumi yang berikut:

  • Taman Tugu:
    1. Tapak Perkhemahan;
    2. Dek Tinjau, Kafe dan Kedai Runcit;
    3. Laluan Hutan Bertingkat;
    4. Tasik dan Kawasan Paya;
    5. Kawasan Permainan Air;
    6. Tempat Letak Kereta and F&B Tepian Tasik; serta
    7. Ruang Acara
  • Khazanah ILMU

Tujuan sesi diadakan adalah untuk menyampaikan taklimat kepada para tender mengenai projek, bangunan dan keperluan pembinaan, serta tapak. Para petender juga dibawa mengikuti jelajah tapak untuk membolehkan mereka memahami tapak dengan lebih baik dan rupa bumi yang beralun. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh para petender diberikan penjelasan ketika sesi taklimat berlangsung.

Para tender diberi masa dua bulan untuk menyerahkan tender masing-masing dan kerja pembinaan dijadualkan bermula pada September 2018.

Garis masa yang dijadualkan bagi penyiapan pembinaan adalah seperti yang berikut:
S3 2019 – Taman Tugu: Tapak Perkhemahan, Dek Tinjau, Kafe dan Kedai Runcit , Laluan Pejalan Kaki Hutan Bertingkat, Tasik, Kawasan Wetland, Kawasan Permainan Air, Tempat Letak Kereta dan F&B Tepian Tasik, serta Ruang Acara
S3 2020 – Khazanah ILMU

Fasa pertama Taman Tugu yang merangkumi Surau Jumaat Kawasan Komuniti, Kuil Hindu dan Pejabat Penyelenggaraan Taman, dan juga laluan hutan dijadualkan siap pada S3 tahun ini dan akan sedia untuk digunakan oleh orang ramai. Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk meluangkan masa beriadah di laluan hutan Taman Tugu ini tidak lama lagi.



top