Perkembangan Semasa

Taman Hutan Taman Tugu Dibuka Tidak Lama Lagi


Tarikh:
30 Ogos 2018

Sebahagian daripada Taman Hutan Taman Tugu akan dibuka tidak lama lagi sebagai ruang hijau bagi anda untuk belajar, menghayati dan mengalami sendiri warisan terhebat Malaysia, iaitu flora dan fauna kita, serta menghindarkan kesibukan kota raya Kuala Lumpur.

Taman Hutan Taman Tugu
Masa Dibuka
7.00am – 6.30pm setiap hari
Kemasukan percuma dan dibuka kepada semua
Pengurusan mungkin menutup taman jika cuaca teruk Pintu Masuk
Terdapat dua pintu masuk ke taman hutan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin – iaitu Pintu Masuk Tapak Khemah Taman Tugu dan Pintu Masuk Tapak Semaian Taman Tugu, seperti yang ditunjukkan dalam pelan induk di atas.

Parkir
Parkir adalah tersedia di:
Pintu Masuk Tapak Khemah Taman Tugu
PPTD (di Tapak Semaian Taman Tugu)

Anda boleh menggunakan Google Maps atau Waze ke “Tapak Semaian Taman Tugu” (“Taman Tugu Nursery”).

Pakaian / Kasut yang Disyorkan 
Anda disyorkan mengenakan pakaian kasual dan kasut sukan

Forest House @ Taman Tugu Nursery





Tapak Semaian Taman Tugu juga kini dibuka dan mempunyai ruangan bertutup yang dikenali sebagai  Forest House. Forest House tersedia untuk tempahan anda bagi pengendalian bengkel pendidikan dan/atau sesi pembinaan pasukan.

Masa Dibuka 
7.00am – 6.30pm setiap hari

Kapasiti & Penyediaan
Ruangan ini mampu memuatkan hampir 50 individu (dengan susunan meja panjang dan bangku).

Bagi menempah Forest House, sila kirimkan e-mel anda kepada greenscene@tamantuguproject.com.my dengan butiran yang berikut:

  1. Nama syarikat/organisasi/kumpulan
  2. Tarikh dan masa yang dihasratkan
  3. Jenis acara dan justifikasi
  4. Anggaran jumlah peserta

Peraturan Asas di lokasi bagi Forest House:

  1. Memandangkan kita memelihara dan memulihara alam semula jadi, kami menghargai semua orang agar memainkan peranan masing-masing. Item plastik tidak digalakkan sama sekali (termasuk dan tidak terhad kepada botol, kontena dan kutleri)
  2. Sila bersihkan ruang selepas digunakan
  3. Sila hormati semua item/orang yang terdapat di ruang dan juga di sekitar ruang
  4. Makanan boleh disediakan di lokasi/disediakan dengan kos ditanggung oleh penyewa sendiri (Peraturan nombor 1 adalah tertakluk)
  5. Perabot dan penyediaan (set up) boleh dibawa ke ruang dan disusun untuk memenuhi keperluan anda, menggunakan kos anda sendiri

Tapak Khemah Taman Tugu masih dalam proses pembinaan dan disasarkan untuk dibuka menjelang S2 2019. 

Harapan kami anda akan berasa teruja untuk mengalami sendiri kawasan hijau (green lung) di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. 



top